Wednesday, July 22, 2009

Ikhlas untukmu...

Sememangnya kita merupakan insan yang tidak lari dari melakukan kesilapan samada sedar tak sedar kita selalu melupakan mereka yang banyak melakukan kebaikan dalam hidup kita selama ini.Memang benar apa yang orang perkatakan iaitu "Bila kita menggapai bintang dilangit,usah kau lupa rumput di bumi.Namun pada masa kini,terlalu ramai mereka yang telah menjadi mangsa kepada keegoaan diri sendiri.
Kekadang tanpa kita sedari...kita telah jauh meninggalkan orang yang memberikan kita semangat dorongan serta bimbingan ditambah pula dengan kurangnya "respect"dikalangan kawan-kawan kita.Mengapa perlu ianya berlaku sedangkan dahulu kita bersama mencipta..kini diri sendiri menjadi pemusnah pada impian sendiri...bukankah itu dah merugikan?..
Sedar dan bangkitlah dari lamunan yang membuatkan "kau" menjadi leka..dan lupa akan asal tempat "kau" berpaut dan jangan sekali menjadi racun dan tembok kepada perjuangan ini..Sematkan azam berserta iltizam bahawa "kau" adalah insan yang masih lemah dan terpilih sebagai seorang yang patut dibanggakan satu masa nanti..insyallah...amin..

0 comments: