Sunday, January 31, 2010

sibuk lagi...

Dah lama juga rasanya aku tak update blog aku nie..bukan ape uchup terlalu sibuk sejak kebelakangan ini..ni pun update tempat keja je..nak update kat umah laptop dah kena curi pula..ntah apelah nasib..tapi takpe ada rezeki yang allah nak beri lah nie....apapun nanti uchup update yek..

Wednesday, November 4, 2009

Trauma lagi...

Entah apa nasib..balik je malam tadi lebih kurang jam 3 pagi..uchup dan daus terkejut sangat pintu umah kami kat depan dikopek dek orang..bukan "las copeque"..habis semua dia selongkar..yang paling menyedihkan laptop dell uchup,speaker,handset dan duit sekali dia kebas..betul2 tak berhati perut..dahlah kat laptop tu banyak entri yang uchup simpan dan nak wat satu jalan cerita buat uchup selama ini..pun takde juga...penat je simpan karya yang dibuat selama beberapa bulan sebagai kenangan satu hari nanti.tu yang sangat sedih...hancur harapan nak terbitkan satu lagi blog buat uchup berkarya..sekarang ni nak buat entri pun dekat tempat keja jelah..
Dari pagi tadi tak tidur sampailah ke saat ini..penat juga kepala otak dahlah terkejar buat laporan polis pagi tadi..lepas tu semua dokumen berkenaan kerja pun turut hilang..nasib aircond kat bilik dia tak sapu...sebab melekat kat dinding...Apelah punya penyamun..kalau nak samun pun baik samun dekat tandas lagi banyak wang....hampeh betul..Tapi pepun kami berdua tenang mungkin itu bukan rezeki buat kami...sunyi juga takda laptop..ntah macam mana lagi skg nak berguru ngan akak zana...

Tuesday, September 8, 2009

Batu Kurau, Taiping menggamit hati

ha ni ler yang nak kata nie...bukit kat taiping ni mcm kat sabah..seronok sebab seolah-olah uchup balik ke negeri di bawah bayu.
kali ni memang best sgt..uchup ni ngah g bercuti kat kampung daus..dapat pula uchup naik motorsikal dia nie..kononya nak jadi mat rempit sawah..selain memiliki udara yang nyaman suasana pun tenteram..terlupa seketika kesibukan kat kl.tq daus

Monday, September 7, 2009

salam takziah buat ismail..kasih mail buat ayah tidak ada penghujungnya...

suasana sepi menyelubungi rumah mail tatkala jenazah masih berada di rumah

Semoga ketabahan hati menyusuri hari-hari mail tatkala ayah tak de disisi..mail ni merupakan salah seorang rakan kongsi terbaik uchup dan juga sahabat.apapun apa yang mendatangi mail pada masa kini adalah ujian dan allah akan memberikan seribu keberkatan dan hidayah buat mail..insyaallah..semoga allah melimpahkan rahmatnya ke atas arwah ayah mail dan akan ditempatkan dikalangan orang mukmin di dalam syurga allah..amin.

Wednesday, September 2, 2009

Secuit renungan..

sememangnya kehidupan ini amat perit namun apa yang uchup nak kongsi keperitan itu akan bertukar menjadi satu mutiara yang berkilau seandai kita mahu mengubah nasib yang sedia ada..manusia seringkali alpha dan sentiasa membiarkan diri dibelenggu oleh kesusahan dan kepayahan hidup sedangakan allah dah beri peluang untuk cari rezeki yang melimpah ruah di muka bumi ini.Sikap untuk merubah kehidupan dengan kehadiran sahabat disisi membuatkan kehidupan uchup sempurna dan mungkin juga pada kengkawan yang lain.Sikap ego perlu dikikis sedalamnya agar kita berjaya menjadikan impian kita sebagai satu realiti yang pasti..

Monday, August 31, 2009

Lauk berbuka kami..

Ni kononya nak masak udang sos tapi akhirnya ubah plan masak udang paprik pula...maklumlah itu je yang termampu tanpa kehadiran mak kat cni nie..kari ayam tu mak yang ajar..ni ngah trial nie..tu ler keadaan dapur setelah habis aku ngan fir masak..he..he..lucu juga di buatnya.

Sunday, August 30, 2009

hampeh...betul..

ni yang menyakitkan hati aku ni bukan ape pemandu keta gedabak ni menggesel keta yang uchup pandu kat keningau ni dahlah dia tak tahu nak bersabar pakal masuk je tanpa bagi signal..apa lagi uchup angin ler...bukan ape yang uchup perhatikan kat sini ni mereka bukannya nak ikut undang-undang tapi langgar ada ler...akhirnya uchup puas hati kerna pemandu lori ni kena compaund ...kesian ngan adik lan dahlah baru je dia beli keta dah orang yang tak bertanggung jawab ni langgar...tapi yang best lagi..ni dari closing prospek lah nie...